Kejadian Menarik............
Aku ada satu kejadian menarik nak dikongsi.Masa du hari lepas iaitu pada 9.6.2009 hari Selasa.Hari itu ibu aku kerja.So,aku ikutlah ayah aku pergi ke kedai sticker kereta.Ayah aku tinggalkan aku dalam kereta.Aku tengok ajelah ayah dan kawan ayah aku tengha pilih sticker.Lagipun kawan yah aku tu pemilik kedai tu.
Ada seseorang telefon ayah aku.Aku ambil tak pedulila.Tiba-tiba aku tengok ayah aku kelam kabut semacam jer.Pelik juga.Ayah aku cepat-cepat bayar harga sticker tu.Aku yang duduk dalam kereta pelikla juga.
Ayah aku terus start kereta dan memecut dengan agak lajulah juga.Aku tanya ayah aku "Kenapa kelam-kabut?" "Kita kena balik rumah sekarang juga."kata ayah aku.Makinlah aku hairan.Sampai di perkarangan rumah penuh orang di hadapan pagar rumah aku.
Rupa-rupanya ada seekor pencuri kena tangkap.Hmmm....patutlah.Pencuri itu nak curi motorsikal dengan kasut ayah aku.Muka pencuri itu dah lebam kena tumbuk ramai-ramai oleh penduduk kampung aku.
Penduduk kampung aku kurung dia dalam pintu pgar.Yang ada bersama pencuri itu adalah tiga orang penduduk kampung aku.Yang mula-mula jumpa pencuri itu pula kebetulan seorang tuk guru apa ntah.Macam seni mempertahankan dirila juga.
Sebenarnya ada dua orang pencurinya tapi seorang dah terlepas.Masa ayah aku masuk dalam pintu pagar ayah aku sempatlah bagi penyepak sekali.Tapi ayah aku tak sampai hati nak bagi banyak-banyak.Lagipun jiran aku tiba-tiba pul bagi penyepak yang agak menyakitkan sebanyak dua kali di perut dan muka.
Tak sampai hati aku tengok walaupun pencuri sekalipun.Perkarangan depan rumah aku dah sesak dengan orang ramai.Aku cuma mampu tengok dari luar jelah.Lagipun pintu pagar terpaksa ditutup sebab takut terlepas pula pencuri tu.
Beberapa minit kemudian polis datang.Dia masuk dalam pagar rumah.Dia bawa gari sekali.Sempat juga polis itu ketuk kepala pencuri itu dua kali.Yang tak tahannya pencuri itu sempat lagi buat keluar rokok dan hisap.Dasar pencuri betul.
Yang hairannya pencuri sekarang semakin berani.Waktu pagi pula itu pergi mencuri kat rumah aku.Kalau waktu-waktu macam itu penduduk kampung aku baru nak keluar pergi cari makan kat kedai.
Lagipun penduduk kampung aku dah kenal keluarga aku.Mungkin kali ini rezeki kami masih ada.Mungkin sebab kami mengamalkan bacaan ayat kursi dan hembus di setiap penjuru rumah. Takpelah itu saja coretan aku kali ni.
Khamis, 11 Jun 2009
Dicatat oleh IMPIANA di 9:11 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan