HARI INI AKU RASA SEDIH YANG TERAMAT SANGAT.ENTAHLAH KENAPA..DAHLAH RASA MACAM NAK SELSEMA JER....ARGHHHH.RASA MACAM NAK MENJERIT SAJERR...
HUH......
('',)
Jumaat, 17 Julai 2009
SEDIH............
Ahad, 28 Jun 2009
Takpelah demi menggantikan novel yang aku dah delete aku bagi yang baru pula.Yang ni penulis dia nama dia Laila.Kawan aku la tu....Dia baru tulis novel tu masa hari Ahad minggu lepas.Tup...tup dah siap.Pagi tadi dia bagi kat aku suruh baca.Bestlah.Tak adalah imiginasi yang agak mengarut macam Kolej Nerlina.Dan dia minta suruh aku siarkan kat sini.Sebagai tanda persahabatan aku pun terpaksala masukkan kat sini. =p
MAAF
Sorrylah sebab delete novel yang aku siarkan baru-baru ni.Ada sebablah.Maaf ya kalau ada yang menunggu nak membaca.Penulis dia cakap nak tukarlah.Jadi terpaksa dideletekan.Hehe.
Rabu, 17 Jun 2009
Macam yang dah dijangka peperiksaan pertengahan tahun aku banyak yang tak lulus.Terutama sekali bahasa arab.Paling teruk Hadis iaitu 17 markah jer.Wargghhhh malunya.Tapi ada yang lagi teruk.Dapat markah 8 pun ada.Haha...
Yang best skali Auni dengan Rabiatul.Diorang dapat 7-8 A dalam peperiksaan pertengahan tahun melintasi puak-puak kelas 2UA.MAklumlah dari seorang dari Maahad Tahfiz Sains Brunei dan Maahad Tahfiz Sains mana entah.Lupa dah.
Apa-apa pun hidup MMPP.
Dari semalam sampai sekarang aku asyik menangis sebab perkara tu.Perkara apa?Nak tahu?Tak payahlah.That's my secret.Hmm.... aku benci PI.Bukan pendidikan agama islam tapi benda lain.Benci dia.
Benci sangat.Asal dengar lagu sedih jadi nak menagis jer.Hwaaa...... sedihnya.Tolonglah jangan buat aku macam ni lagi.
Arggggghhhhhhhhhhh.Tensionnyer..
Selasa, 16 Jun 2009
Hari ini adalah hari guru.Walaupun sepatutnya hari ini aku ceria tapi aku dan gang Rocky Gurlz semuanya bersedih.Tak payahlah tahu knapa.Hari ini adalah hari yg paling akn aku ingat dalam kenangan bersama Fatin dan Atiqah sbb .................. Yang itu rahsia.
Kalau nak klu boleh.Ini beberapa klu yang saya boleh bagi.
1)Tandas
2)Tiga orang
3)Lari
Itu ajalah Klu yang boleh aku bagi.Tak tahu dah nak cakap apa.Best giler lah pagi tadi. Hahahaha.... Sempena hari guru ni ada satu pengumuman yang menyedihkan.4 orang guru di sekolah aku akan ditukar ke sekolah lain. Iaitu Cikgu Wan Siah,Cikgu Yahya,Cikgu Mohd Nor dan Ustaz Shukri.
Hmmm nampaknya bertukar jadual lagilah.Tambahan ada beberapa cikgu Praktikal dalam seklah aku sekarang ni.
Sabtu, 13 Jun 2009
Selamat Tinggal Cuti Sekolah
Esok sekolah dibuka seperti biasa.Hmmm....happynya nak bertemu dengan kawan-kawan lagi.Dan bukan saja gembira nak bertemu dengan rakan-rakan tapi juga sudah bersedia menerima hukuman jika ada yang tidak lulus dalam peperiksaan.Haha...
Maklumlah sebelum cuti ada peperiksaan pertengahan tahun.Sekarang ini nak kena bersedia nak kena dendalah ni.Tapi Insyallah semuanya lulus.Paling menakutkan nak tahu keputusan Sirah,Feqah dan Matematik.Iyalah 3 ni yang paling lemah.Tapi okeylah.bolehla jawab masa peperiksaan baru ini.
Ustazah Sirah cakap kalau tak lulus peperiksaan ni dia suruh kita panjat tiang bendera. Haha...entah betul atau tak.Tapi taklah seteruk itu rasanya dendanya.
Jumaat, 12 Jun 2009
Khamis, 11 Jun 2009
ADA APA DALAM KOTAK?
Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.
“Untuk apa?” tanya si ayah.“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!
“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.
Moral:Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…
“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)
13 TANDA ANDA TELAH JATUH CINTA
Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.
DIPETIK DARI SATU LAMAN WEB.
Kejadian Menarik............
Aku ada satu kejadian menarik nak dikongsi.Masa du hari lepas iaitu pada 9.6.2009 hari Selasa.Hari itu ibu aku kerja.So,aku ikutlah ayah aku pergi ke kedai sticker kereta.Ayah aku tinggalkan aku dalam kereta.Aku tengok ajelah ayah dan kawan ayah aku tengha pilih sticker.Lagipun kawan yah aku tu pemilik kedai tu.
Ada seseorang telefon ayah aku.Aku ambil tak pedulila.Tiba-tiba aku tengok ayah aku kelam kabut semacam jer.Pelik juga.Ayah aku cepat-cepat bayar harga sticker tu.Aku yang duduk dalam kereta pelikla juga.
Ayah aku terus start kereta dan memecut dengan agak lajulah juga.Aku tanya ayah aku "Kenapa kelam-kabut?" "Kita kena balik rumah sekarang juga."kata ayah aku.Makinlah aku hairan.Sampai di perkarangan rumah penuh orang di hadapan pagar rumah aku.
Rupa-rupanya ada seekor pencuri kena tangkap.Hmmm....patutlah.Pencuri itu nak curi motorsikal dengan kasut ayah aku.Muka pencuri itu dah lebam kena tumbuk ramai-ramai oleh penduduk kampung aku.
Penduduk kampung aku kurung dia dalam pintu pgar.Yang ada bersama pencuri itu adalah tiga orang penduduk kampung aku.Yang mula-mula jumpa pencuri itu pula kebetulan seorang tuk guru apa ntah.Macam seni mempertahankan dirila juga.
Sebenarnya ada dua orang pencurinya tapi seorang dah terlepas.Masa ayah aku masuk dalam pintu pagar ayah aku sempatlah bagi penyepak sekali.Tapi ayah aku tak sampai hati nak bagi banyak-banyak.Lagipun jiran aku tiba-tiba pul bagi penyepak yang agak menyakitkan sebanyak dua kali di perut dan muka.
Tak sampai hati aku tengok walaupun pencuri sekalipun.Perkarangan depan rumah aku dah sesak dengan orang ramai.Aku cuma mampu tengok dari luar jelah.Lagipun pintu pagar terpaksa ditutup sebab takut terlepas pula pencuri tu.
Beberapa minit kemudian polis datang.Dia masuk dalam pagar rumah.Dia bawa gari sekali.Sempat juga polis itu ketuk kepala pencuri itu dua kali.Yang tak tahannya pencuri itu sempat lagi buat keluar rokok dan hisap.Dasar pencuri betul.
Yang hairannya pencuri sekarang semakin berani.Waktu pagi pula itu pergi mencuri kat rumah aku.Kalau waktu-waktu macam itu penduduk kampung aku baru nak keluar pergi cari makan kat kedai.
Lagipun penduduk kampung aku dah kenal keluarga aku.Mungkin kali ini rezeki kami masih ada.Mungkin sebab kami mengamalkan bacaan ayat kursi dan hembus di setiap penjuru rumah. Takpelah itu saja coretan aku kali ni.












